Saturday, January 24, 2009

Proaktifkan hidupmu - Artikel 7


Ramai orang mengatakan belum cukup ilmu apabila ditanyakan mengapa tidak menegur orang yang berbuat salah. Tidak kurang juga yang mengatakan diri sendiri belum baik, mengapa perlu menegur orang lain. Bahkan ada juga yang mengatakan perlu apa menjaga tepi kain orang, tak perlu jadi 'busy body'.

Adakah kita semakin menjadi manusia yang individualistik?
Amat mementingkan diri sendiri? Dan banyak lagi alasan lain untuk tidak menegur..

Barangkali sifat merendah diri atau memikirkan kelemahan dan kekurangan diri menjadikan kita tidak yakin dan akhirnya meninggalkan usaha mengajak kebaikan.

Persepsi Diri Yang Salah

Ada di antara kita yang memandang zaman ini menegur orang biarlah kepada mereka yang ber'authoriti' SAHAJA. Serahkan sahaja pada pak imam, ustaz atau ustazah. Ada yang berpendapat untuk menegur orang lain diri perlu menjadi maksum. Malu dengan latar belakang keluarga yang tidak sempurna didikan agama.

Kewajipan Nasihat Menasihati Bukanlah Untuk Orang Tertentu




Sudilah memberi teguran yang baik dan berhikmah, kerana tanpanya manusia akan selalu terbabas. Fitrah manusia yang selalu lupa dan terburu-buru, seringkali diruntun oleh gelodak nafsu. Berbanggalah diri sebagai seorang Islam, menjadikan kita ini sebahagian dari masyarakat yang membentuk manusia dari dalam dan luaran.

Jika berdiam sahaja melihat buasnya dunia membaham manusia, alamat kita sedang menuju kehancuran. Bukan sahaja melibatkan perhubungan sesama manusia, bahkan menyebarkan barah kepada bidang ekonomi, politik, pendidikan dan akhirnya diri sendiri. Terlalu mengharapkan orang lain kadangkala hanya meninggalkan harapan sahaja

Allah memberitahu di dalam al Quran yang bererti, hendaklah ada sebahagian dari golongan yang menyeru kepada kebaikan dan melarang kepada kemungkaran. Mereka itulah orang yang berjaya. (Surah Ali Imran : 104)

Golongan yang disebutkan menurut Dr Abdul Karim Zaidan di dalam bukunya Usul Ad Dakwah adalah orang Islam itu sendiri. Kita adalah umat yang terbaik yang lahir dari kelompok manusia wajib untuk mengajak kepada kebajikan dan mencegah kemungkaran. Hukumnya sudah menjadi wajib pada masa kini kerana golongan yang menegur itu semakin mengecil jumlahnya

Menasihati bukan satu cara sahaja

Mereka yang rugi antaranya adalah yang tidak mahu berpesan-pesan kepada perkara kesabaran dan kebenaran. Tidak perlu dengan mengeluarkan hadith atau ayat al Quran yang kadangkala mad'u pun tidak tercapai akalnya hendak menerima (sebab ia sendiri jahil mengenainya).


Seorang Islam yang hebat mempunyai daya pemikiran yang kreatif dan mempunyai semangat yang tidak putus-putus untuk mengajak manusia kepada kebaikan. Ada daya dengan tangan, maka penyampaian nasihat melalui tulisan, lukisan atau dengan kekuatan tangan. Menyentuh hati kadangkala lebih berjaya dengan diri kita yang menunjukkan kebaikan. Sentiasa bermanis muka, tersenyum, tidak mudah marah, suka menolong, lidahnya tidak celupar menuturkan kata.

Tentulah wahai sahabat, Allah tidak melihat kepada natijah, tetapi kepada usaha. Sebab prinsip asas yang diterangkan di dalam al Quran adalah usaha untuk mencapainya. Yang empunya kejayaan, kemenangan dalam ketentuanNya, bukan kita. Menasihati sesama manusia menyuburkan benih persaudaraan melalui kasih sayang dan kemaafan.




Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. (al Imran : 104)

Wallahua'lam

Thursday, January 15, 2009

Nasyid Minggu Ini : We will not do down

We will not go down in Gaza tonight
By: Michael Heart

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die

We will not go down
In the night, without a fight

We will not go down
In Gaza tonight


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Pada posting Nasyid Minggu Ini BAKTI , ingin berkongsi sebuah lagu, hiburan yang mendidik jiwa. Sebuah lagu yang mempunyai maksud yang baik dan bermanfaat. Lebih-lebih lagi melihat kejadian yang menimpa saudara kita di Tebing Gaza.

Mudah-mudahan, mesej yang cuba disampaikan oleh Michael Heart dapat kita hayati bersama dan menaikkan lagi semangat perjuangan dalam usaha membanteras kezaliman,kekejaman, dan penindasan yang semakin melampau dilakukan oleh rejim Zionis laknatullah dan sekutunya.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Wallahua'lam.

Tuesday, January 6, 2009

Jom belajar qunut nazilah


Imam membaca doa qunut pada solat selain daripada solat subuh?

Sesuatu yang jarang-jarang sekali dilakukan oleh masyarakat

Eh, apakah itu?

Bida'hkah?

Ajaran sesatkah?

Pelbagai persepsi yang timbul setiap kali kita melihat sesuatu yang jauh dari kelaziman setempat.Khususnya terhadap perkara-perkara yang melibatkan upacara keagamaan.

Ops, sabar dulu abang2, kakak2, makcik2, pakcik2, adik2....

Bacaan doa qunut selain daripada waktu subuh bukanlah sesuatu yang baru. Mungkin, imam sedang membaca Qunut Nazilah.

DEFINISI QUNUT NAZILAH

Qunut secara istilahnya adalah seperti yang dikatakan oleh Al-Hafidh Ibnu Hajar Al-Asqalani rahimahullah:

"Suatu doa di dalam shalat pada tempat yang khusus dalam keadaan berdiri." (Fathul Bari 2/490.) Dan Nazilah artinya malapetaka atau musibah yang turun menimpa kaum muslimin dalam bentuk gempa, banjir, peperangan, penganiayaan dan sebagainya.

HUKUM QUNUT NAZILAH

Qunut nazilah adalah suatu hal yang disyariatkan dan amat disunnahkan ketika terjadi musibah. Sunnah qunut nazilah ini merupakan pendapat para ulama dari madzhab
Hanafiyyah, Malikiyyah, Syafi'iyyah, Hanbaliyyah dan lain-lainnya.

Imam Syafi'i rahimahullah berkata: "Apabila turun musibah kepada kaum muslimin disyariatkan membaca qunut nazilah pada seluruh shalat wajib."
(Syarhus Sunnah karya Al-Baghawi 2/279).

Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah berkata: "Apabila turun bencana kepada kaum muslimin, hendaknya imam melakukan qunut dan diaminkan oleh orang yang dibelakangnya." (Al-Mughni 1/450).

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata: "Di kalangan ulama ada tiga pendapat tentang qunut. Yang paling benar dari tiga pendapat tersebut, qunut disunnahkan ketika ada keperluan.،¨ (Taudhih Al-Ahkam).

Pendapat-pendapat diatas tentunya berlandaskan hadis-hadis yang sahih mutawatir seperti hadits Anas bin Malik radhiallahu 'anhu riwayat Bukhari-Muslim yang menjelaskan pelaksanaan qunut nazilah oleh Rasulullahu saw selama sebulan pada peristiwa pembunuhan 60 shahabat penghafal Al-Quran, juga hadis Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu riwayat Bukhari-Muslim.

Bersamaan dengan turunnya berbagai musibah dahsyat yang menimpa kaum muslimin berupa peperangan, penganiayaan, bencana alam dan lain-lainnya terutamanya di Iraq, Palestin, Afghanistan, Chechnya dll, maka perlunya dijelaskan secara ringkas mengenai Sunnah Qunut Nazilah yang merupakan Sunnah yang dipraktikkan oleh Rasulullah saw pada keadaan yang seperti ini dan juga merupakan salah satu bentuk keperihatinan seorang muslim kepada saudaranya apabila hanya mampu menolong saudaranya dengan doa ini.

Berikut merupakan bacaan Qunut Nazilah :


“Ya Allah, Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami,
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka,
Ya Allah, Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka, pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka,
Goncangkan pendirian mereka ,
Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka,
Wahai tuhan yang gagah perkasa!
Wahai tuhan yang penuh raksasa!
Wahai tuhan yang bersifat murka!
Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah!
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera Al-Ahzab,
Kalahkan mereka!
Kalahkan mereka!
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka....”

InsyaAllah, sama-samalah kita cuba mengamalkan bacaan doa ini. Umat Islam sesama umat islam yang lain umpama satu tubuh, apabila salah satu daripada anggotanya terasa sakit, pasti akan terasa sakit bahagian anggota yang lain.

Kita perlu mengambil sikap PEDULI dan AMBIL TAHU terhadap apa yang terjadi dan dirasai oleh saudara seislam kita di dunia. Krisis pengeboman Gaza oleh Zionis Laknatullah pastinya menimbulkan kemarahan semua pihak. Selaku umat Islam yang bersaudara, kita yang sewajarnya lebih terasa dan tertanggung dengan penderitaan mereka.

Ayuh saudaraku, marilah kita bersatu merancang, bertindak, dan berdoa semoga penindasan ke atas bumi Anbia' ini akan berakhir. Sudah pastinya peristiwa berdarah di Baitul Maqdis akan berakhir dengan kemenangan Umat Islam, namun ianya adalah satu kemenangan yang BERSYARAT.

Apakah syaratnya?

"Iman dan Taqwa itu asas kekuatan ummah..."

Wallahua'lam

Hubungi BAKTI

Sebarang komen yang membina, cadangan, kemusykilan tentang isu-isu semasa dan kerohanian, mahupun pertanyaan berkenaan kehidupan di Dewan Malaysia Sydney, Sydney dan Australia, salurkan melalui e-mail kami di baktisydney@yahoo.com.au InsyaAllah, kami akan berusaha untuk menjawab sebarang persoalan anda.