Tuesday, January 6, 2009

Jom belajar qunut nazilah


Imam membaca doa qunut pada solat selain daripada solat subuh?

Sesuatu yang jarang-jarang sekali dilakukan oleh masyarakat

Eh, apakah itu?

Bida'hkah?

Ajaran sesatkah?

Pelbagai persepsi yang timbul setiap kali kita melihat sesuatu yang jauh dari kelaziman setempat.Khususnya terhadap perkara-perkara yang melibatkan upacara keagamaan.

Ops, sabar dulu abang2, kakak2, makcik2, pakcik2, adik2....

Bacaan doa qunut selain daripada waktu subuh bukanlah sesuatu yang baru. Mungkin, imam sedang membaca Qunut Nazilah.

DEFINISI QUNUT NAZILAH

Qunut secara istilahnya adalah seperti yang dikatakan oleh Al-Hafidh Ibnu Hajar Al-Asqalani rahimahullah:

"Suatu doa di dalam shalat pada tempat yang khusus dalam keadaan berdiri." (Fathul Bari 2/490.) Dan Nazilah artinya malapetaka atau musibah yang turun menimpa kaum muslimin dalam bentuk gempa, banjir, peperangan, penganiayaan dan sebagainya.

HUKUM QUNUT NAZILAH

Qunut nazilah adalah suatu hal yang disyariatkan dan amat disunnahkan ketika terjadi musibah. Sunnah qunut nazilah ini merupakan pendapat para ulama dari madzhab
Hanafiyyah, Malikiyyah, Syafi'iyyah, Hanbaliyyah dan lain-lainnya.

Imam Syafi'i rahimahullah berkata: "Apabila turun musibah kepada kaum muslimin disyariatkan membaca qunut nazilah pada seluruh shalat wajib."
(Syarhus Sunnah karya Al-Baghawi 2/279).

Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah berkata: "Apabila turun bencana kepada kaum muslimin, hendaknya imam melakukan qunut dan diaminkan oleh orang yang dibelakangnya." (Al-Mughni 1/450).

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata: "Di kalangan ulama ada tiga pendapat tentang qunut. Yang paling benar dari tiga pendapat tersebut, qunut disunnahkan ketika ada keperluan.،¨ (Taudhih Al-Ahkam).

Pendapat-pendapat diatas tentunya berlandaskan hadis-hadis yang sahih mutawatir seperti hadits Anas bin Malik radhiallahu 'anhu riwayat Bukhari-Muslim yang menjelaskan pelaksanaan qunut nazilah oleh Rasulullahu saw selama sebulan pada peristiwa pembunuhan 60 shahabat penghafal Al-Quran, juga hadis Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu riwayat Bukhari-Muslim.

Bersamaan dengan turunnya berbagai musibah dahsyat yang menimpa kaum muslimin berupa peperangan, penganiayaan, bencana alam dan lain-lainnya terutamanya di Iraq, Palestin, Afghanistan, Chechnya dll, maka perlunya dijelaskan secara ringkas mengenai Sunnah Qunut Nazilah yang merupakan Sunnah yang dipraktikkan oleh Rasulullah saw pada keadaan yang seperti ini dan juga merupakan salah satu bentuk keperihatinan seorang muslim kepada saudaranya apabila hanya mampu menolong saudaranya dengan doa ini.

Berikut merupakan bacaan Qunut Nazilah :


“Ya Allah, Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami,
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka,
Ya Allah, Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka, pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka,
Goncangkan pendirian mereka ,
Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka,
Wahai tuhan yang gagah perkasa!
Wahai tuhan yang penuh raksasa!
Wahai tuhan yang bersifat murka!
Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah!
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera Al-Ahzab,
Kalahkan mereka!
Kalahkan mereka!
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka....”

InsyaAllah, sama-samalah kita cuba mengamalkan bacaan doa ini. Umat Islam sesama umat islam yang lain umpama satu tubuh, apabila salah satu daripada anggotanya terasa sakit, pasti akan terasa sakit bahagian anggota yang lain.

Kita perlu mengambil sikap PEDULI dan AMBIL TAHU terhadap apa yang terjadi dan dirasai oleh saudara seislam kita di dunia. Krisis pengeboman Gaza oleh Zionis Laknatullah pastinya menimbulkan kemarahan semua pihak. Selaku umat Islam yang bersaudara, kita yang sewajarnya lebih terasa dan tertanggung dengan penderitaan mereka.

Ayuh saudaraku, marilah kita bersatu merancang, bertindak, dan berdoa semoga penindasan ke atas bumi Anbia' ini akan berakhir. Sudah pastinya peristiwa berdarah di Baitul Maqdis akan berakhir dengan kemenangan Umat Islam, namun ianya adalah satu kemenangan yang BERSYARAT.

Apakah syaratnya?

"Iman dan Taqwa itu asas kekuatan ummah..."

Wallahua'lam

No comments:

Hubungi BAKTI

Sebarang komen yang membina, cadangan, kemusykilan tentang isu-isu semasa dan kerohanian, mahupun pertanyaan berkenaan kehidupan di Dewan Malaysia Sydney, Sydney dan Australia, salurkan melalui e-mail kami di baktisydney@yahoo.com.au InsyaAllah, kami akan berusaha untuk menjawab sebarang persoalan anda.