Thursday, April 16, 2009

Kuliah Online BAKTI

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Apa khabar rakan2 semua? Semoga berada dalam keadaan yang sihat dan sejahtera.

InsyaAllah, Biro Kerohanian & Pembangunan Insan Dewan Malaysia Sydney (BAKTI) akan mengadakan Kuliah Online. Berikut merupakan tentatif program :

Penceramah : al-Fadhil Ustaz Hilmi Harun, pelajar Sarjana Kedoktoran Sains Politik University of Western Australia, Perth
Tajuk : Konsep Syahadah dan Aplikasi dalam Kehidupan
Tarikh : Jumaat ( 17/04/09 )
Waktu : 7.30pm waktu Malaysia,9.30pm waktu Sydney
Platform : PalTalk ( sila add ID : intelek_anz )
Tempat : Surau Dewan Malaysia Sydney.

Bagi rakan2 yang tiada akses internet, kuota internet sudah habis, laptop rosak dikerjakan lipas, serta pelbagai masalah teknikal yang lain, jangan risau kerana BAKTI ada internet dan akan mengadakan kuliah online secara terbuka pada malam esok, jam 9.30 malam seusai majlis bacaan Yassin di surau InsyaAllah!

Kita akan mendengar kuliah Ustaz Hilmi secara life! Nun jauh di Perth. Jangan lupa siapkan soalan kalau ada kemusykilan berkenaan dengan konsep SYAHADAH yang selalu kita dengar, tapi macam mana nak kaitkan dengan kehidupan seorang pelajar?

Jemput datang beramai2 ye, jom kecoh!

'Akal disuntik dengan Ilmu untuk mencetuskan tahu,
Hati dibajai dengan Iman agar menghasilkan mahu,
Nafsu harus mendepani latihan agar menghasilkan mampu..'

p/s: rasa pelik bila dengar orang yg ada PHD boleh join ajaran sesat Ayah Pin..rupa2nya, kalau sekadar TAHU Ilmu sahaja tak cukup..HATI perlu dibajai IMAN supaya boleh membuat pertimbangan yang waras..

regards,

Afiq.K

1 comment:

Awang Kapak said...

We will not go down bukan nasyid. itu lagu pop rock brader.

Hubungi BAKTI

Sebarang komen yang membina, cadangan, kemusykilan tentang isu-isu semasa dan kerohanian, mahupun pertanyaan berkenaan kehidupan di Dewan Malaysia Sydney, Sydney dan Australia, salurkan melalui e-mail kami di baktisydney@yahoo.com.au InsyaAllah, kami akan berusaha untuk menjawab sebarang persoalan anda.