
Al-Qalam merupakan salah satu wadah tarbiyah dan dakwah BAKTI dalam memberikan informasi-informasi yang bermanfaat berkenaan islam dan pembangunan rohani. Al-Qalam merupakan Islamic Newsletter yang diterbitkan sekurang-kurangnya setiap dua minggu sekali dan ketika hari-hari kebesaran Islam.
Antara alternatif pihak BAKTI untuk mempromosikan serta memberikan Al-Qalam kepada masyarakat Malaysia Muslim di sekitar Sydney adalah dengan melalui pemberian Al-Qalam kepada mereka yang hadir sewaktu Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil yang menjadi rutin mingguan Dewan Malaysia Sydney. Juga menerusi e-mail dengan menghantar Al-Qalam dalam format pdf kepada mana-mana pelajar yang dapat dihubungi dan berdaftar di bawah MSD.
Kini, anda boleh memuat turun risalah-risalah Al-Qalam yang terdahulu dan terkini yang terdapat di dalam applikasi 'box net' di bawah. Selamat membaca Al-Qalam. Semoga bermanfaat. Sebarang cadangan dalam bentuk penambah baikan Al-Qalam amat-amat kami hargai.
Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment