Friday, November 21, 2008

Selamat Bercuti : Supplication 1

"Yeay!!! Exam dah habis.. Bestnye cuti..."

Lafaz ini sentiasa kedengaran sekarang lantaran sudah berakhirnya musim peperiksaan buat hampir seluruh universiti di Sydney khususnya. Bagi mereka yang bakal pulang ke desa halaman, BAKTI ingin mengucapkan selamat bercuti dan kembali ke tanah air yang tercinta. Buat mereka yang merancang untuk menghabiskan cuti "summer" dengan melancong di sekitar Australia mahupun di luar negara, selamat bercuti dan mengembara. Semoga percutian kalian menukilkan pengalaman dan kenangan yang bermanfaat. Buat mereka yang bakal menduduki kursus tambahan, "summer class" yang bakal bermula tidak lama lagi, usah sedih mahupun terkilan melihat kawan-kawan yang sedang bercuti, selamat menempuh musim pembelajaran yang baru. Menuntut ilmu di jalan Allah itu merupakan sebuah pengorbanan dan sebuah jihad. Buat mereka yang merancang untuk bekerja sambilan, selamat bekerja dengan rajin dan memperlihatkan nilai-nilai islam kepada teman sekerja.


Gambar diambil dari link ini

Islam adalah satu cara hidup. Dalam etika bermusafir dan menaiki kenderaan, turut diselitkan doa-doa yang ma'thur untuk diamalkan. Semoga dengan amalan membaca doa ini mendatangkan keberkatan di dalam setiap perjalanan kita, dipermudahkan urusan, serta dijauhkan dari bahaya manusia mahupun fitnah syaitan.

Doa ketika bermusafir/menaiki kenderaan :


Maksudnya :

"Maha Suci Allah yang telah memudahkan perjalanan dan kenderaan ini, dan tiadalah kami berkuasa menggunakannya tanpa kurnia dan rahmat dariMU. Sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan Kami..."

sumber rujukan :
Abu Dawud 3/34, At-Tirmithi 5/501, Al-Albani, Sahih At-Tirmithi3/156.

Wallahua'lam

No comments:

Hubungi BAKTI

Sebarang komen yang membina, cadangan, kemusykilan tentang isu-isu semasa dan kerohanian, mahupun pertanyaan berkenaan kehidupan di Dewan Malaysia Sydney, Sydney dan Australia, salurkan melalui e-mail kami di baktisydney@yahoo.com.au InsyaAllah, kami akan berusaha untuk menjawab sebarang persoalan anda.