
Tidak dapat dinafikan, pembangunan rohani perlu seiring dengan pembentukan jasmani seseorang individu. Perkara ini perlu diterap dan diasuh sejak kecil lantaran melihat senario semasa yang semakin meruncing. Pembentukan jasmani dan rohani yang baik bisa melahirkan seorang individu yang turut cemerlang bukan sekadar dari sudut akademiknya sahaja, malah turut cemerlang dari sudut sahsiah dan rohani. Inilah yang digelar individu muslim mukmin yang proffesional.
Aktiviti-aktiviti yang bakal dianjurkan BAKTI tidak hanya tertumpu dan melibatkan penduduk Dewan Malaysia Sydney sahaja, malah terbuka luas kepada semua masyarakat Malaysia di Sydney samada yang beragama Islam, mahupun tidak. Bukankah Islam itu sebuah agama yang syumul. Setiap program anjuran BAKTI juga bakal dibuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk berbakti dengan menjadi salah seorang daripada 'organizing committee'. Penglibatan daripada para pelajar siswazah serta pasca siswazah amat-amatlah digalakkan demi membentuk sebuah komuniti yang harmoni.
Akhir kata, semoga kewujudan blog ini dapat memberikan sumbangan dan manfaat buat semua pembaca samada mereka yang berada di sekitar Sydney, mahupun di tempat lain. Sebarang maklumat berkenaan aktiviti-aktivit anjuran BAKTI akan dimaklumkan dari semasa ke semasa selain daripada artikel-artikel yang bermanfaat untuk kebaikan kita bersama.
Wallahua'lam
Muhammad Afiq bin Kamaruddin
AJK Biro Kerohanian dan Pembangunan Insaniah, Dewan Malaysia Sydney.
No comments:
Post a Comment