Thursday, November 27, 2008

Laporan Program Menyunting Nur Laila

Alhamdulillah, Program Menyunting Nur Laila a.k.a Program Qiamullail anjuran BAKTI Sydney telah berlangsung dengan jayanya di Surau Dewan Malaysia Sydney.

Seawal jam 3.00 pagi, kelihatan rombongan muslimin serta muslimat berpusu-pusu memenuhi dewan makan bagi mendapatkan sedikit juadah sebelum solat. Menu kali ini: Pizza Golden serta Meat Lover yang dibeli di Golden Pide, kedai kebab terkemuka rakyat Turki di Randwick, pengusaha kedai berkenaan sudah hampir boleh berbahasa Melayu lantaran kekerapan penduduk dewan Malaysia Sydney mengunjungi kedai beliau. Tidak ketinggalan Air Teh Hijau buatan 'abang bujang' Malaysia Hall Sydney menjadi teman penghilang dahaga.


Gambar di ambil dari link www.iluvislam.com

Tepat jam 3.30 pagi, program bermula dengan melakukan solat sunat tahajud, diikuti solat sunat taubat, hajat, serta di akhiri dengan solat sunat witir.

Selesai solat subuh, muzakir mengingatkan perihal kelebihan menunaikan solat di waktu malam, serta galakkan untuk berpuasa sunat pada hari khamis. Sepotong hadith Hasan Sahih dari kitab Riyadus-Solehin menjadi rujukan, lantaran kelebihan yang terdapat bagi mereka yang berpuasa sunat pada hari isnin dan khamis.

Alhamdulillah, sambutan daripada penghuni Dewan Malaysia Sydney terhadap program anjuran BAKTI amat menggalakkan. InsyaAllah, semoga sambutan dan usaha ini akan berkekalan, serta dikurniakan dengan sesuatu yang lebih baik pada masa hadapan.

BAKTI ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang terlibat, serta ingin memohon jutaan ampun dan maaf atas segala kekurangan selama mana program ini berlangsung. Sebarang komen membina bagi penambah baikan program BAKTI pada masa hadapan amat-amatlah dihargai.

Wallahua'lam.

1 comment:

nurmisnan said...

salam
alhamdullilah... walau dimanapun kta pergi atau sejauh manapun kita melangkah ALLAH sentiasa di hati.. tahniah di atas blogsydney..

Hubungi BAKTI

Sebarang komen yang membina, cadangan, kemusykilan tentang isu-isu semasa dan kerohanian, mahupun pertanyaan berkenaan kehidupan di Dewan Malaysia Sydney, Sydney dan Australia, salurkan melalui e-mail kami di baktisydney@yahoo.com.au InsyaAllah, kami akan berusaha untuk menjawab sebarang persoalan anda.